Saturday, October 6, 2012



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran        : Bahasa Malaysia                                                                     
Tarikh/Hari              : 19 Oktober 2012(Jumaat)
Masa                       : 10:30 – 11:00a.m(30 minit).
Tahun                      : 4 Kuning                                                             Bilangan murid        : 25 orang
Tema                      : Jasamu Dikenang
Subtajuk                 : Nilai Murni
Hasil Pembelajran     : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat:
Objektif Am
·         Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks / gambar rajah yang tersurat        
      dan  tersirat.
Objektif khusus
·         Menghuraikan maksud keseluruhan teks/ gambar rajah yang dibaca.
·         Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks /gambar rajah.
·         Membina ayat majmuk
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid pernah belajar nilai murni.
Alat Bantu Mengajar        : Power point, kertas manjong ,lembaran kerja
Nilai                                      : Kerjasama, keyakinan
KBKK                                  : Menjana idea, mentafsirkan




AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Langkah 1

Set induksi ( 3 minit)
Lagu Motivasi
(rujuk lampiran)
1. Guru memaparkan lirik lagu motivasi yang dicipta melalui  powerpoint.

2. Murid-murid menyanyi Lagu Motivasi.

3.  Guru meminta murid-murid      menghayati lirik lagu dan menyatakan nilai murni yang terkandung dalam lirik lagu.

4. Guru menerangkan bahawa tajuk yang hendak dipelajari pada hari ini ialahnilai murni.

Strategi
berpusat bahan, guru dan pelajar

Kaedah
Kecerdasan pelbagai,
Pembelajaran
kontekstual

ABM
Powerpoint

KBKK
Mengenal pasti


Langkah 2

Aktiviti 1
(5 minit)

Menerangkan istilah nilai murni.
1.      Guru meminta murid-murid mencari nilai murni yang telah disorak dalam kumpulan masing-masing.
(di bawah meja atau kerusi)

2.      Murid menunjukkan nilai murni yang dijumpai.

3. Guru meminta murid-murid membacakan nilai murni yang dijumpai mengikut kumpulan masing-masing.




Strategi
berpusat guru dan pelajar

Kaedah
Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran kontekstual

Nilai
keyakinan

ABM
Kad imbasan, power point,

KBKK
Mengingat dan mengenal pasti


Langkah 3

Aktiviti 2
(10 minit)
Memaparkan gambar rajah yang bersituasi.

1. Guru membimbing murid meneliti gambar yang dipaparkan.

2.      Murid-murid membincangkan lalu menulis  nilai murni yang terkandung dalam situasi itu mengikut kumpulan masing-masing.

3. Guru menegaskan bahawa melebihi satu nilai murni yang terkandung dalam gambar rajah. 

4. Guru memberi penerangan berdasarkan gambar dan nilai murni yang terkandung dalam situasi.

5.  Guru memberi galakan kepada kumpulan yang menjawab dengan betul.

Strategi
berpusat guru dan pelajar

Kaedah
Kecerdasan pelbagai

Nilai
rasional

ABM
Kad imbasan,
Powerpoint

KBKK
Menjana idea


Langkah 4

Aktiviti 3
( 9 minit)
Membina ayat berdasarkan kata kunci.


1.     Guru meminta murid membina ayat secara kumpulan berdasarkan nilai murni yang sama

2.Guru membimbing murid membina ayat yang lengkap berdasarkan kata kunci yang diberi.

3. Guru meminta murid membentangkan ayat-ayat yang telah dibina.

Strategi
berpusat pelajar

Kaedah
Bersoal jawab

Nilai
Bekerjasama

ABM
Kertas Manjong.

KBKK
Mengenal pasti dan menjana idea

Langkah 5
 
Penutup 
(3 minit)
Membaca ayat-ayat .
dan lembaran kerja








1.  Guru meminta murid membaca ayat-ayat yang dipaparkan dengan sebutan yang betul.

2.      Guru membimbing murid membuat kesimpulan pengajaran hari ini dan memberi lembaran kerja kepada murid-murid sebagai kerja rumah. Iaitu murid-murid membina ayat masing-masing berdasarkan ketiga-tiga nilai murni ini dalam buku latihan.

3. Murid-murid menyanyi lagu motivasi sekali lagi.
Strategi
berpusat pelajar

Kaedah
Pembelajaran kontruktivisme

Nilai
Keyakinan

ABM
Lembaran kerja, power point.


KBKK
Menjana idea







No comments:

Post a Comment